Wednesday, 16 November 2011

Hati tu ape? yg dlm badan tu ek


Bismillahirrohmanirrohim..

HATI
tiada apa yg menarik pada perkataan ini..
tapi, makna yg terkandung mengandungi sejuta satu erti..

APA ITU HATI??

"Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Apabila daging yang seketul itu baik maka akan baiklah seluruh tubuh badannya. Dan apabila rosak daging yang seketul akan rosaklah tubuh badannya. Dan daging yang seketul itu ialah hati."

Lumrah kehidupan manusia dikurniakan tuhan akal dan perasaan.. Bila kita bercakap soal akal, semua akan menuju kepada otak. Bila bercerita soal perasaan semua telunjuk ke arah hati. Dua nikmat tuhan kepada hambanya bergelar manusia. Tapi, yang manakah lagi penting? hati atau akal?

Penulisan ni sebenarnya aku nak fokuskan kepada kepentingan hati. okay! Hati dan perasaan adalah dua perkara yang berbeza. Hati adalah salah satu organ dalam tubuh badan manusia. Berat lebih kurang 1.4 kg, berwarna merah 'hati' dan berbentuk 'hati'. Hati ini juga sangat penting kepada tubuh badan kerana tugasnya menapis kotoran pada darah. Pensyarah anatomiku cakap, apa yang kita ambil, makan, minum, hisap atau sedut semuanya ditapis dihati. Buruk yang kita ambil, buruklah hati kita.

Samalah perasaan dalam hati kita. 'Dari mata jatuh ke hati'. Apa yang kita lihat, apa yang kita dengar akan turun ke hati. Walaupun kita ada akal, kita ada otak, tapi bila dah sampai ke hati. Tugasan untuk menapis apa yang dilihat dan didengar adalah luar kemampuan otak.
” Kami ciptakan manusia itu dari nutfah (campuran air mani) untuk kami menguji mereka maka kami jadikan kepada mereka (alat) pendengaran dan penglihatan”. al-insaan ayat 2

Telinga  dicipta supaya suara didengari dan sebab itulah bayi menangis apabila memerlukan sesuatu. Kesemua nikmat pancaindera yang dikurniakan kepada kita hendaklah digunakan sebaik-baiknya bagi membentuk hati yang baik.

Walaupun sesetengah daripada kita dikurniakan akal dan otak yang sangat bijaksana. Akan tetapi pabila hatinya tidak dijaga dengan betul. Maka terjadilah sesuatu yang tidak mencerminkan diri seorang yang berpelajaran.

Orang selalu berkata,
'aku nampak je macam ni, selekeh tapi hati bersih'
'mulut aku je suka mencarut, tapi hati aku suci'
'sikap aku je macam ni, tapi hati siapa yang tahu'

Tu semua kata-kata yang tidak boleh dipercayai sepenuhnya. Seperti yang aku tulis kat atas, apa yang masuk dalam hati akan melekat di hati. Sama juga. apa yang dihati akan dikeluarkan. Hati sesorang itu mencerminkan peribadi individu tersebut. Seorang yang berhati suci tidak akan berpakaian yang selekeh, mulut yang manis, dan sikap yang baik.

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan hatinyanya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan hatinyanya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). 
as syamm ayat 9-10




sumber: http://generasieraremaja.blogspot.com/2010/03/apa-itu-hati.html
p/s : aku mmg xreti untuk berkata2,,tapi ap yg tertulis itulah dari hati, melalui tulisan org laen...

1 comment:

  1. Hati-hati menjaga hati kerana disitu terdapat pandangan Ilahi..:)

    ReplyDelete