sendiri xmengerti knp lukis org p masjid..
mungkin sbb kblakangan ni jarang betul g masjid..
pergi pon klw ada pengajian je..
moga akan datang diri ini akan lebih istiqamah dekatkan diri dgn rumah Allah..
Sedikit perkongsian..
Kenapa kita perlu solat fardhu 5 kali sehari di masjid? Kalau buat dekat bilik masing-masing tak boleh? Senang pun senang, jimat masa pun jimat, boleh study lebih (rasanya berkat tak?). Saya ingin berkongsi hadis-hadis sahih di bawah moga kita tahu macam mana penekanan Nabi dan para sahabat dalam menunaikan solat fardhu berjamaah di masjid. Moga Allah buka hati dan sedarkan kita. 24 jam yang Allah kasi, takkanlah hanya sekali seminggu saja kita ziarah rumah Dia. Ok, jom tengok apa hadisnya:
1. "Sungguh alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu bakar menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api" [Sahih Bukhari & Muslim]
Kalau takat sunat biasa-biasa, Nabi takkan nak bakar rumah orang tak solat di masjid..
2. "Barangsiapa yang ingin berjumpa Allah di kemudian hari dalam keadaan muslim, maka hendaklah ia memelihara solat 5 waktu ini dengan melakukannya di mana adanya seruan azan, kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan (mensyari'atkan) jalan-jalan menuju hidayah, dan sesungguhnya melakukan solat 5 waktu dengan berjemaah adalah termasuk jalan-jalan menuju hidayah. Maka sekiranya kamu solat di rumah-rumah kamu sebagaimana orang yang lalai melakukannya di rumah, maka bererti kamu telah meninggalkan sunnah (ajaran) nabi kamu, dan jika kamu meninggalkan sunnah nabi kalian, nescaya kamu sesat". [Sahih Muslim]
Boleh sesat sebab tak solat di "tempat dilaungkan azan" (masjid/surau).. ganas.. bukan saya kata, Nabi yang cakap.
3. Dari Abdullah bin Mas'ud RA meriwayatkan, "Sesungguhnya kami telah menyaksikan, bahawa tidak ada yang meninggalkan solat berjemaah (pada zaman kami) kecuali orang munafiq yang telah jelas kemunafikannya, atau orang sakit. Padahal ada di antara yang sakit berjalan dengan diapit oleh dua orang untuk mendatangi solat berjemaah" [Sahih Muslim]
Ada 2 sebab kalau tak datang ke masjid.. Sakit (uzur) atau munafiq..
4. Abdullah bin Ummi Maktum pernah bertanya kepada Rasulullah kemungkinan adanya keringanan untuk solat di rumah: "Ya Rasulullah, aku seorang buta. Rumahku jauh dari masjid. Aku punya seorang. Adakah kelapangan bagiku untuk solat di rumah sahaja?." Rasulullah bertanya, "Apakah engkau mendengar azan?" Abdullah menjawab, "Ya aku mendengarnya." Rasulullah bersabda, "Aku tidak membenarkan bagimu untuk solat di rumah" [Sahih Muslim]
Nabi yang baik hati pun paksa sahabat dia yang buta pergi masjid sebab boleh dengar lagi azan.. siapalah nak dibandingkan dengan kita yang sihat, ada motor, kereta, basikal, surau pula takat bawah lif saja pun..
5. "Solat berjemaah lebih utama 27 darjat daripada bersolat sendirian" [Sahih Bukhari & Muslim]
Rugilah tak ambil peluang tak turun surau solat berjemaah sama-sama..
Moga lepas ini kita tak berfikir "solat dekat surau cuma sunat, tak buat tak berdosa pun". Kita patut ubah pemikiran kepada "solat fardhu sunnah buat di masjid, tak boleh kalau tak buat". Sekarang sudah ada ilmu, kena ikuti dengan amalan. Biasakan turun surau setiap hari, kemudian tingkatkan lagi hinggalah kita dapat solat berjamaah di surau/masjid 5 kali sehari, in sya'a Llah. Akhir kata, jom ke masjid!
"Dan dirikanlah solat, tunaikan zakat dan rukuklah bersama orang-orangyang rukuk" [Al-Baqarah, 2:43]
sumber asal: http://akubersaksi.blogspot.com/2011/01/solat-fardhu-kenapa-perlu-ke-masjid.html



