Wednesday, 16 November 2011

Diam Itu Lebih Baik

DIAM
Satu kalimah menjelas segala



Diam itu Lebih Baik


Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri.

“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat Abu Naim)

Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang.


Kesimpulannya,apa salahnya kita cuba 
kawal mulut and fikiran sewaktu nk keluarkan kata2 kesat..
Kita selalu tanpa sengaja mahupun tidak mengeluarkan kata2 kesat terutama ketika marah, main game, dan juga ketika berborak..
mungkin kerana sudah menjadi kebiasaan, maka kata2 kesat itu seolah menjadi bahan gurauan dan percakapan seharian

kenapa tidak....
gantikan cacian dan kejian itu dgn kalimah Allahuakbar, Takbir!!, Astaghfirullah and so on..
dosa berkurangan pahala bertambah..

p.s: untuk diri sendiri dan sahabat


Duhai Sahabat..

Bismillah
Dengan Nama Allah





SAHABAT
Aku Bersyukur Kerana Mengenalimu..

Sahabat
Langkahku tercari...
tercari cahaya...
Akhirnya kutemui sinar diraut wajahmu
Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Diwaktu itu akulah yang bertuah
Punya sahabat sepertimu

Sahabat
aku lemah mengharungi ranjau dunia

Sahabat
kau bimbinglah menuju cahaya Ilahi

Sahabat
aku ingin sepertimu dalam ketenangan
menghadapi hidup ini

Sahabat
ku bersyukur kerna mengenali dirimu
ku harap kita kan terus bersama
mengharungi segala suka dan duka
moga kejayaan milik kita
agar hidup..
menuju mulia...

nukilan- armadajihad (2008) aka Abdullah Suady Ramadhan
sahabat lama waktu sekolah dahulu..






Hati tu ape? yg dlm badan tu ek


Bismillahirrohmanirrohim..

HATI
tiada apa yg menarik pada perkataan ini..
tapi, makna yg terkandung mengandungi sejuta satu erti..

APA ITU HATI??

"Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Apabila daging yang seketul itu baik maka akan baiklah seluruh tubuh badannya. Dan apabila rosak daging yang seketul akan rosaklah tubuh badannya. Dan daging yang seketul itu ialah hati."

Lumrah kehidupan manusia dikurniakan tuhan akal dan perasaan.. Bila kita bercakap soal akal, semua akan menuju kepada otak. Bila bercerita soal perasaan semua telunjuk ke arah hati. Dua nikmat tuhan kepada hambanya bergelar manusia. Tapi, yang manakah lagi penting? hati atau akal?

Penulisan ni sebenarnya aku nak fokuskan kepada kepentingan hati. okay! Hati dan perasaan adalah dua perkara yang berbeza. Hati adalah salah satu organ dalam tubuh badan manusia. Berat lebih kurang 1.4 kg, berwarna merah 'hati' dan berbentuk 'hati'. Hati ini juga sangat penting kepada tubuh badan kerana tugasnya menapis kotoran pada darah. Pensyarah anatomiku cakap, apa yang kita ambil, makan, minum, hisap atau sedut semuanya ditapis dihati. Buruk yang kita ambil, buruklah hati kita.

Samalah perasaan dalam hati kita. 'Dari mata jatuh ke hati'. Apa yang kita lihat, apa yang kita dengar akan turun ke hati. Walaupun kita ada akal, kita ada otak, tapi bila dah sampai ke hati. Tugasan untuk menapis apa yang dilihat dan didengar adalah luar kemampuan otak.
” Kami ciptakan manusia itu dari nutfah (campuran air mani) untuk kami menguji mereka maka kami jadikan kepada mereka (alat) pendengaran dan penglihatan”. al-insaan ayat 2

Telinga  dicipta supaya suara didengari dan sebab itulah bayi menangis apabila memerlukan sesuatu. Kesemua nikmat pancaindera yang dikurniakan kepada kita hendaklah digunakan sebaik-baiknya bagi membentuk hati yang baik.

Walaupun sesetengah daripada kita dikurniakan akal dan otak yang sangat bijaksana. Akan tetapi pabila hatinya tidak dijaga dengan betul. Maka terjadilah sesuatu yang tidak mencerminkan diri seorang yang berpelajaran.

Orang selalu berkata,
'aku nampak je macam ni, selekeh tapi hati bersih'
'mulut aku je suka mencarut, tapi hati aku suci'
'sikap aku je macam ni, tapi hati siapa yang tahu'

Tu semua kata-kata yang tidak boleh dipercayai sepenuhnya. Seperti yang aku tulis kat atas, apa yang masuk dalam hati akan melekat di hati. Sama juga. apa yang dihati akan dikeluarkan. Hati sesorang itu mencerminkan peribadi individu tersebut. Seorang yang berhati suci tidak akan berpakaian yang selekeh, mulut yang manis, dan sikap yang baik.

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan hatinyanya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan hatinyanya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). 
as syamm ayat 9-10




sumber: http://generasieraremaja.blogspot.com/2010/03/apa-itu-hati.html
p/s : aku mmg xreti untuk berkata2,,tapi ap yg tertulis itulah dari hati, melalui tulisan org laen...

Sekian lama

Salam
haih..sekian lama aku xmenconteng..skng aku nk hidupkan balik hobi yg lama ak sepikan..
suma gara2 ak terpakse menerima dgn redha kos yg aku xminat lgsg..Dip in Computer Science..=.='
tapi,ak pasrah ngn suma ni..pasti ade hikmah dsebalik ap yg Allah dah tentukan tuk aku..

1st lukisan =)

lukisan ni juz trace dari muka aku..mmg buruk dgn bibir pink cmtu..kui3..
btw,ak masih lg tingkatkan prestasi..moga Allah permudahkan..amiin..


Friday, 4 November 2011

Ahlan Wasahlan

Islah (Arabicاٍصلاح‎) is an Arabic word meaning to repair, often translated as to reform or reshape.


Tujuan saya mencipta blog ini adalah untuk membaiki dan memperingati diri saya sendiri serta  sahabat2 seagama..dalam tiap rutin hidup kita sentiasa tidak lari dari melakukan kesilapan samada sesama manusia juga pada Allah SAW..mungkin disedari mahupun tidak..mungkin sengaja mahupun tidak,,kita ini tetap seorang pendosa..sama2 lah kita membaiki dan memperingati diri untuk menjadi mukmin yg soleh solehah..


bantu saya juga^^




zahin
20 Zulhijjah 1432H bersamaan 17 Nov 2011